click boom!

Friday, 10 April 2015

guestbook for my wedding

salam & hai semua...
hari ini kita buat guestbook untuk majlis perkahwinan..

langkah 1: sediakan bahan-bahan dan barang-barang yang diperlukan. disini saya buat guestbook ini bersaiz A4. mounting board yang warna hitam itu dibalut untuk kelihatan cantik. tidak balut pun boleh. muka depan ini perlu kelihatan kemas dan menarik perhatian tetamu. 

langkah 2: untuk bahagian dalam pula, saya membuat design menggunakan micrsof word saja. buat bolder page dan tambah bentuk love dibahagian hujung kiri kertas. oleh kerana saya menggunakan kertas warna-warni maka saya hanya perlu menggunakan dakwat hitam sahaja untuk print corak tadi.

langkah 3: selesai balut dan print bahagian dalam (isi untuk tetamu tanda tangan dan ucapan), anda boleh menebok lobang sendiri atau banding saja dikedai. 

tada!! inilah hasilnya..senangkan..
selamat mencuba..
terima kasih (*_*)v

Thursday, 2 April 2015

Decorate hair clips from ribbon

salam and hai semua..
kali ini saya akan cerita bagaimana hendak menghias penyepit rambut dari ribbon.

langkah 1 : sediakan bahan-bahan seperti dalam gambar diatas. kemudian gunting ribbon mengikut ukuran yang sesuai dengan saiz penyepit rambut. ukuran yang saya potong adalah 4cm panjang X 1cm lebar.

langkah 2 : ribbon dilipat 2 dan kemudian dibakar hujungnya supaya bercantum. untuk contoh bunga diatas ini setiap cantuman kelopak bunga dijahit. setelah siap dijahit, ambil penyepit dan lekatkan bunga ribbon diatas hujung penyepit seperti didalam gambar diatas. jangan lupa letakkan manik di tengah-tengah supaya kelihatan lebih cantik.

langkah 3 : untuk membuat bunga seperti didalam gambar ini, saiz ribbon yang sama dilipat 2 dan dilipat lagi dibahagian hujungnya kemudian dibakar supaya bercantum. bunga ini memerlukan 8 kelopak bunga. setiap cantuman bunga ini tidak perlu dijahit, hanya perlu dilekatkan dengan gam tembak (gam panas). setelah siap cantuman, hiaslah dengan manik yang cantik ditengah-tengahnya. akhir sekali lekatkan bunga yang sudah siap pada penyepit.

ini adalah beberapa contoh hiasan bunga yang lain-lain bentuknya. 
selamat mencuba! v(*_*)v