click boom!

Monday, 16 March 2015

rukun dalam islam

salam dan hai semua..
hari ini kita cerita pasal rukun. rukun dalam islam adalah sesuatu yang dilakukan atau dikehendaki berdasarkan perintah dan suruhan ALLAH SWT yang merujuk kepada bukti dan dalil dari AL-QURAN dan HADIS

5 jenis rukun yang perlu kita ambil tahu. rukun yang lain nanti saya update yang lain ok. kalau salah mohon tunjuk ajar.

storage box for make-up tool

salam & hai semua..
hari ini nak cerita pasal cara nak buat storage box for make-up tool.

langkah 1 : sediakan bahan-bahan yang diperlukan seperti kotak kosong, kotak tisu, gam, gunting, pisau, salotep dan double salotep. 

langkah 2 : kotak tisu digunting seperti dalam gambar diatas supaya menjadi bahagian tepi kotak tebal sedikit, kemudian gamkan dengan double salotep atau gam biasa (gam cecair)

langkah 3 : buat ukuran ketinggian dan kelebaran kotak tisu tadi pada kotak besar. kemuadian potong kotak lain untuk jadikan pembahagian antara kotak-kotak tisu. gamkan dengan gam tembak supaya lebih kukuh dan kuat antara cantuman.

langkah 4 : kotak tisu tadi dicantumkan bersama-sama supaya tidak perlu membuat pembahagian yang lain kerana cantuman telah menjadi pembahagian. kemudian balut kotak tisu tadi dengan pembalut hadiah atau kertas warna yang anda minat.

langkah 5 : kotak besar juga perlulah dibalut supaya kelihatan cantik dan kemas. Buat 4 kotak kecil (kotak tisu cantum 2 maka perlukan 8 kotak tisu kosong). saya buat bahagian atas terbuka supaya boleh letak alat make-up yang sentiasa dipakai.

langkah 6 : selesai bahagian badan kotak, kita buat pula bahagian atas kotak dimana menempatkan barang-barang yang sentiasa kita pakai atau guna. Ini adalah kotak dari tisu gulung. tisu gulung tandas itu dipotong 2, kemudian balut dan lekatkan pada tapaknya.

inilah dia storage box for make-up tool yang saya buat. selamat mencuba. terima kasih.

Thursday, 5 March 2015

storage box for small clothes

salam & hai semua
hari ini nak cerita pasal cara nak buat rak baju dari kotak.

langkah 1 : sediakan 2 jenis kotak. kotak 1 potong bahagian atas supaya ruang atas kotak terbuka. potong dengan cermat supaya cebisan yang dipotong tadi boleh digunakan semula untuk membuat pembahagian didalam kotak.

langkah 2 : gunakan gam untuk lekatkan pembahagian tadi supaya menjadi ruang yang bertingkat-tingkat. cantuman setiap bahagia hendaklah kuat dan kukuh.

langkah 3 : potong kotak yang ke 2 mengikut ukuran bahagian dalam kotak no 1 tadi. jangan mengambil ukuran yang tepat, sebaliknya kurang 0.5 cm supaya kotak bahagian dalam tidak terlalu ketat apabila ditolak masuk nanti.

langkah 4 : pastikan setiap bahagian di ukur sebelum dipotong kerana saiz setiap bahagian adalah berlainan.

langkah 5 : gunakan kertas berwarna atau pembalut hadiah untuk membalut rak baju yang telah siap dibuat tadi. bahagian ini memerlukan kesabaran dan kekemasan supaya ianya kelihatan kemas dan cantik. untuk bahagian pemegang atau pun bahagian nak tarik rak tu boleh guna ribbon .

inilah hasilnya. selamat mencuba!