salam & hai semua
hari ini nak cerita pasal cara nak buat rak baju dari kotak.
langkah 1 : sediakan 2 jenis kotak. kotak 1 potong bahagian atas supaya ruang atas kotak terbuka. potong dengan cermat supaya cebisan yang dipotong tadi boleh digunakan semula untuk membuat pembahagian didalam kotak.
langkah 2 : gunakan gam untuk lekatkan pembahagian tadi supaya menjadi ruang yang bertingkat-tingkat. cantuman setiap bahagia hendaklah kuat dan kukuh.
langkah 3 : potong kotak yang ke 2 mengikut ukuran bahagian dalam kotak no 1 tadi. jangan mengambil ukuran yang tepat, sebaliknya kurang 0.5 cm supaya kotak bahagian dalam tidak terlalu ketat apabila ditolak masuk nanti.
langkah 4 : pastikan setiap bahagian di ukur sebelum dipotong kerana saiz setiap bahagian adalah berlainan.
langkah 5 : gunakan kertas berwarna atau pembalut hadiah untuk membalut rak baju yang telah siap dibuat tadi. bahagian ini memerlukan kesabaran dan kekemasan supaya ianya kelihatan kemas dan cantik. untuk bahagian pemegang atau pun bahagian nak tarik rak tu boleh guna ribbon .
inilah hasilnya. selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment