salam & hai semua..
hari ini nak cerita pasal cara nak buat storage box for make-up tool.
langkah 1 : sediakan bahan-bahan yang diperlukan seperti kotak kosong, kotak tisu, gam, gunting, pisau, salotep dan double salotep.
langkah 2 : kotak tisu digunting seperti dalam gambar diatas supaya menjadi bahagian tepi kotak tebal sedikit, kemudian gamkan dengan double salotep atau gam biasa (gam cecair)
langkah 3 : buat ukuran ketinggian dan kelebaran kotak tisu tadi pada kotak besar. kemuadian potong kotak lain untuk jadikan pembahagian antara kotak-kotak tisu. gamkan dengan gam tembak supaya lebih kukuh dan kuat antara cantuman.
langkah 4 : kotak tisu tadi dicantumkan bersama-sama supaya tidak perlu membuat pembahagian yang lain kerana cantuman telah menjadi pembahagian. kemudian balut kotak tisu tadi dengan pembalut hadiah atau kertas warna yang anda minat.
langkah 5 : kotak besar juga perlulah dibalut supaya kelihatan cantik dan kemas. Buat 4 kotak kecil (kotak tisu cantum 2 maka perlukan 8 kotak tisu kosong). saya buat bahagian atas terbuka supaya boleh letak alat make-up yang sentiasa dipakai.
langkah 6 : selesai bahagian badan kotak, kita buat pula bahagian atas kotak dimana menempatkan barang-barang yang sentiasa kita pakai atau guna. Ini adalah kotak dari tisu gulung. tisu gulung tandas itu dipotong 2, kemudian balut dan lekatkan pada tapaknya.
inilah dia storage box for make-up tool yang saya buat. selamat mencuba. terima kasih.
No comments:
Post a Comment